Thursday, June 25, 2009

Anak

Salam Sejahtera.

Hari ni saya bercuti demi untuk melayan karenah anak gadis yang tidak sabar lagi untuk mendapatkan mykad nya. Ikut kan hati bila bila pun boleh di ambil, tapi selagi tidak di turuti kehendaknya, selagi itu lah pertanyaan bila nak mengambil mykad nya akan di suara kan kepada saya.

Pejam celik, saya sudah mempunyai anak gadis yang melangkah ke alam remaja, banyak cabaran nya untuk membesarkan anak gadis ini. Ialah, bak kata pepatah orang tua menjaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga seorang anak gadis. Wallahualam. Pada saya yang penting cara ibu bapa mendidik anak masing masing. Anak ibarat kain putih, kita ibu bapa yang mewarna atau mencorakkan nya.

Tetapi buat masa ini, alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar, anak anak semuanya mendengar kata. Bila kita sendiri dah menjadi ibu bapa barulah kita tahu dan sedar kenapa ibu bapa kita dulu selalu risau dan khuatir mengenai kita.

Pada ibu bapa di luar sana, mari lah kita bersama sama mendidik anak dan keluarga ke jalan yang di redhai. Amin.

4 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah semuanya akan berjalan dgn lancar..Anne doakan keluarga Mr.R dan Kak Shibam selalu sejahtera n dpt malalui onak duri serta cabaran hidup dgn tabah dan tenang..(mcm ustazah la plak) hehehehhe..

Anonymous said...

Salam.. emm hmm..

Hehehe.. terharu saya membaca warkah Tuan ini..

Selepas punyai anak tiga isteri seorang, barulah saya merasa betapa 'gaban'nya abah dan mak saya dulu membesarkan anak-anaknya.

Bab tarik-tarik muka bila merajuk kalau kehendak tidak dipenuhi - antaranyalah - sekarang berulang dalam mendidik anak sendiri.

Memang ber'hanggennnn' tapi dek terkenang dulu-dulu buat perkara yang sama, terasa 'ensap'

Sementelah anak sendiri, 'babab dengan rotan' lebih-lebih nanti jadi lain pula.

Memang kain putih ini perlu kita 'corakkan dengan warna-warna ceria, bermutu penuh keunggulan'

Ok Tuan selamat bersama-sama didik anak.

Mr.R said...

cik adik manis anne - terima kasih di atas doa saudari.

encik emio - terharu? mungkin tanggungjawab saya sebagai anak sulung dalam enam beradik banyak memainkan peranan dalam mendidik keluarga

Unknown said...

Salam Tuan..

Itulah.. kita sama-sama sulung memang ada 'rasa' yang sama..
..cuma sedikit lain sebab enam beradik askar lelaki sedangkan saya reserved kena main 'masak-masak'.. hahaha

Yang nyata konsep tanggungjawab masih samakan.. hehe