Sunday, July 12, 2009

Tanggungjawab

Salam.

Para pembaca yang saya hormati sekalian, semoga kalian semua berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Buat saya sekeluarga, alhamdulillah, kami semua sihat belaka.

Rasa lega yang teramat sekali kerana proses audit di tempat kerja sudah selesai. Minggu lepas adalah minggu yang amat stress sekali buat saya, proses audit yang saya jalankan di tempat kerja telah pun selesai. Pelbagai persoalan yang timbul harus dirungkaikan kepada ketua jabatan yang terlibat untuk memastikan kesilapan yang sama tidak akan berulang dan semuanya berjalan lancar untuk masa akan datang.

Menjadi salah seorang auditor adalah tanggungjawab yang berat sebenarnya, bila kita cuba melakukan sesuatu tugas dengan jujur dan amanah, nescaya tindak tanduk kita tidak akan disenangi oleh pihak lain. Pokok pangkal nya, apa juga cabaran yang saya hadapi, tanggungjawab yang diberi oleh pihak atasan harus dipikul dengan baik. Bukan mudah untuk membuat semua pihak memahami dan menyenangi dengan cara kita bekerja.

Saya percaya pembaca juga mempunyai masalah yang sama, apa juga bidang kerja yang kita lakukan, mesti ada cabaran yang mendatang, bergantung kepada kita untuk melaksanakannya. Yang penting, buat kerja dengan jujur kerana rezeki yang diberi adalah untuk kita menyara keluarga. Rezeki yang halal akan membuatkan keluarga diberkati oleh nya. Amin.

Wednesday, July 8, 2009

Rezeki

Salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memberi rezeki untuk keluarga kami. Insyaallah kalau tiada aral yang melintang, ahli keluarga kami akan bertambah lagi tahun hadapan. Inilah yang di namakan rezeki, manusia boleh menidakkan sesuatu tapi jika Dia ingin memberinya, saya terima dengan tangan yang terbuka. Syukur alhamdulillah.

Saya harus bekerja lebih keras lagi untuk memastikan keluarga akan hidup dengan selesa untuk masa akan datang. Pada pembaca di luar sana, saya doakan kesejahteraan anda semua.

Bertemu lagi.

Thursday, June 25, 2009

Anak

Salam Sejahtera.

Hari ni saya bercuti demi untuk melayan karenah anak gadis yang tidak sabar lagi untuk mendapatkan mykad nya. Ikut kan hati bila bila pun boleh di ambil, tapi selagi tidak di turuti kehendaknya, selagi itu lah pertanyaan bila nak mengambil mykad nya akan di suara kan kepada saya.

Pejam celik, saya sudah mempunyai anak gadis yang melangkah ke alam remaja, banyak cabaran nya untuk membesarkan anak gadis ini. Ialah, bak kata pepatah orang tua menjaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga seorang anak gadis. Wallahualam. Pada saya yang penting cara ibu bapa mendidik anak masing masing. Anak ibarat kain putih, kita ibu bapa yang mewarna atau mencorakkan nya.

Tetapi buat masa ini, alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar, anak anak semuanya mendengar kata. Bila kita sendiri dah menjadi ibu bapa barulah kita tahu dan sedar kenapa ibu bapa kita dulu selalu risau dan khuatir mengenai kita.

Pada ibu bapa di luar sana, mari lah kita bersama sama mendidik anak dan keluarga ke jalan yang di redhai. Amin.

Saturday, June 20, 2009

DOA UNTUK IBU BAPA

Salam sejahtera.

Bertemu sekali lagi. Sementara menunggu kek yang di masak oleh Shibam siap, boleh lah saya membelek blog ini. Shibam beriya iya untuk membuat kek bagi menyambut hari bapa pada tahun ini. Selamat hari bapa kepada semua bapa di luar sana, apa yang saya boleh katakan, terus kan menjadi bapa yang bertanggungjawab kepada keluarga. Saya sendiri masih mempunyai bapa yang kini sudah berusia 65 tahun dan alhamdulillah beliau masih sihat. Pada saya, tiada hadiah yang paling bernilai selain dari doa anak kepada ibu bapa sesudah solat. Insyallah jika itu di buat setiap kali sesudah solat, bahagia lah kedua ibu dan bapa kita semua.

Dua minggu kebelakangan ini, keadaan di tempat kerja agak stress dan sibuk. Banyak yang perlu di selesai kan, audit yang perlu di laku kan di jabatan yang berkenaan, kursus yang perlu di hadiri dan meeting yang perlu dihadiri. Di samping itu tetap sibuk menjalani latihan badminton untuk kejohanan yang akan datang. Rasa bersyukur kerana Shibam amat memahami minat saya dalam aktiviti bersukan ini, hampir saban minggu saya menjalani latihan pada waktu malam selepas waktu bekerja sekurang kurang nya 2 kali seminggu.

Kebelakangan ini, dengan cuaca yang panas dan berjerebu saya telah mengalami demam, batuk dan selsema. Tetapi memandangkan kerja yang harus di selesaikan, di gagah kan juga diri untuk ke tempat kerja. Pada semua, jagalah kesihatan di dalam keadaan cuaca sekarang.

Saturday, June 6, 2009

3rd Place

Salam pembuka bicara.

Setelah berminggu minggu menjalani latihan, hari ini saya sudah pun menyertai Kejohanan Badminton tertutup yang di anjurkan oleh tempat saya bekerja. Keputusan nya saya tewas untuk perseorangan lelaki di peringkat suku akhir manakala untuk bergu saya mendapat tempat ketiga. Dengan keadaan ekonomi sekarang, voucher hadiah yang saya menangi tidak semulayan tahun tahun sebelumnya, tahun ini voucher hanya berjumlah RM70. Voucher nya adalah dari kedai alatan sukan dan bukan dari pusat membeli belah seperti tahun tahun sebelumnya.

Setelah memenangi acara bergu tersebut, saya telah menghubungi sang isteri untuk memberitahu nya mengenai kemenangan saya tetapi seperti yang di jangka kan sambutan tidak menggalakkan kerana beliau terlebih dahulu telah di beritahu mengenai ganjaran hadiah tahun ini. Apa yang boleh saya katakan adalah, akhirnya voucher hasil dari kemenangan ini adalah untuk kegunaan saya. Yahoo.

Saya berharap untuk tahun yang mendatang hadiahnya adalah seperti tahun ini. Selepas ini saya harus bersiap sedia untuk kejohanan seterusnya yang akan berlangsung pada 5 Julai nanti. Wish me luck.

Thursday, May 28, 2009

Idea Pertama

Salam.

Melihat ketekunan sang isteri dengan aktiviti blog telah membuat kan saya terpanggil dan teruja untuk membuat blog sendiri. Apabila hasrat ini di sampaikan kepada isteri, beliau seperti tidak percaya dengan hasrat saya dengan alasan saya tidak akan mempunyai masa untuk melayari blog ini. Tidak mengapa kerana saya akan cuba mencuri masa untuk melayari blog ini. Tidak dapat di nafikan juga bahawa disiplin juga memainkan peranan penting dalam dunia blog ini, tanpa disiplin maka ianya akan menjadi seperti hangat hangat tahi ayam sahaja.

Saya tidak akan menjadikan blog ini sebagai rutin untuk saya menceritakan hal hal yang berlaku di sekeliling saya kerana itu boleh di baca di blog shibamjelita, saya akan hanya bercerita mengenai sesuatu isu yang saya rasa perlu untuk di bicarakan. Mungkin pada sesetengah individu itu ia akan menjadi sesuatu yang membosankan, tetapi tidak mengapa kerana seperti yang selalu di ceritakan oleh isteri, blog adalah terapi jiwa.

Sekian. Bertemu lagi.