Sunday, July 12, 2009

Tanggungjawab

Salam.

Para pembaca yang saya hormati sekalian, semoga kalian semua berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Buat saya sekeluarga, alhamdulillah, kami semua sihat belaka.

Rasa lega yang teramat sekali kerana proses audit di tempat kerja sudah selesai. Minggu lepas adalah minggu yang amat stress sekali buat saya, proses audit yang saya jalankan di tempat kerja telah pun selesai. Pelbagai persoalan yang timbul harus dirungkaikan kepada ketua jabatan yang terlibat untuk memastikan kesilapan yang sama tidak akan berulang dan semuanya berjalan lancar untuk masa akan datang.

Menjadi salah seorang auditor adalah tanggungjawab yang berat sebenarnya, bila kita cuba melakukan sesuatu tugas dengan jujur dan amanah, nescaya tindak tanduk kita tidak akan disenangi oleh pihak lain. Pokok pangkal nya, apa juga cabaran yang saya hadapi, tanggungjawab yang diberi oleh pihak atasan harus dipikul dengan baik. Bukan mudah untuk membuat semua pihak memahami dan menyenangi dengan cara kita bekerja.

Saya percaya pembaca juga mempunyai masalah yang sama, apa juga bidang kerja yang kita lakukan, mesti ada cabaran yang mendatang, bergantung kepada kita untuk melaksanakannya. Yang penting, buat kerja dengan jujur kerana rezeki yang diberi adalah untuk kita menyara keluarga. Rezeki yang halal akan membuatkan keluarga diberkati oleh nya. Amin.

Wednesday, July 8, 2009

Rezeki

Salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memberi rezeki untuk keluarga kami. Insyaallah kalau tiada aral yang melintang, ahli keluarga kami akan bertambah lagi tahun hadapan. Inilah yang di namakan rezeki, manusia boleh menidakkan sesuatu tapi jika Dia ingin memberinya, saya terima dengan tangan yang terbuka. Syukur alhamdulillah.

Saya harus bekerja lebih keras lagi untuk memastikan keluarga akan hidup dengan selesa untuk masa akan datang. Pada pembaca di luar sana, saya doakan kesejahteraan anda semua.

Bertemu lagi.